Kakitangan Utusan piket tuntut gaji

Last Updated on

Sebahagian kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat syarikat itu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia hari ini melancarkan tindakan industri dengan berpiket di luar bangunan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin bermula pukul 1 petang tadi bagi menuntut pembayaran gaji mereka yang tertangguh sejak Jun hingga Ogos lalu.

Menurut Setiausaha Agung NUJ Malaysia, Chin Sung Chew, usaha berpiket itu dibuat setelah tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak syarikat itu untuk membantu nasib kakitangan walaupun pelbagai desakan telah dibuat.

“Gaji yang dimaksudkan adalah bagi bulai Julai dan separuh Ogos untuk wartawan, juru gambar dan artis grafik bukan eksekutif.

“Turut terkesan adalah kakitangan eksekutif yang hanya menerima bayaran RM 2,000 sahaja untuk bulan Jun selain keseluruhan Julai dan Ogos,”” kata dalam kenyataanya kepada media hari ini.

Beliau juga menyifatkan pemegang saham syarikat tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berperi kemanusiaan kerana membiarkan pekerjanya hidup terbiar dan menderita ekoran kegagalan membayar gaji mereka.

“NUJ sentiasa memperjuangkan kebajikan ahlinya dan berpendapat UMNO adalah parti dan majikan yang zalim kerana gagal bertindak sewajarnya untuk menjelaskan bayaran gaji kakikatangan Utusan dengan segera,” katanya.

Dalam piket selama sejam itu, sebahagian kakitangan dan mantan pekerja yang telah mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) turut menuntut bayaran pampasan mereka yang juga tertunggak beberapa bulan.

Sebelum itu, suatu pertemuan antara pihak NUJ cawangan Utusan Melayu, Mohd Taufek Razak dengan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diadakan di Putrajaya pagi ini berhubung kelewatan Utusan membayar gaji itu.

Menurut Taufek, Aziz memaklumkan gaji kakitangan tidak akan dibayar kerana syarikat tidak mempunyai keupayaan kewangan.

Leave a Reply