Larangan guna tulisan Jawi pada produk bukan Islam

Last Updated on

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) menggesa Kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.

Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.

Menurutnya, perkara itu merupakan resolusi yang dicapai menerusi persidangan yang diadakan dan berharap ia diberi perhatian serius dan diangkat oleh pihak kerajaan.

“Kami menggesa kerajaan bertindak kerana ia didapati pernah disalah gunakan. Ia seolah-olah tulisan Jawi itu digunakan menyucikan kandungan yang tidak halal dan ini mengelirukan pengguna,” katanya kepada media pada program Persidangan Pemasar Tempatan di Bangunan Risda di Shah Alam hari ini.

Beliau juga berharap suara mereka sebagai pihak ketiga disampaikan kepada pihak Kerajaan dan diambil tindakan.

Program Persidangan Pemasar Tempatan yang menghimpunkan 120 usahawan tempatan itu diadakan bagi menyatukan sebanyak mungkin mini market dan hypermarket dan menghubungkan secara langsung usahawan yang mempunyai produk kepada platform ini tanpa melalui orang tengah dan mampu diangkat ke pasaran global.

One comment

  • Patutnya dilarang guna product. bukan islam guna nama berunsur nama islam spt masjid, bilal, n bagai, kelirukan org islam

Leave a Reply