Suspek kes kematian Syed Muhammad Danial dituduh esok

Last Updated on

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir pada 10 Ogos lepas akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, individu berumur awal 40-an berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan esok,” katanya ringkas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam), sebagaimana yang dipetik Bernama dalam laporannya hari ini.

Beliau turut mengesahkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes terbabit dan mengekalkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, suspek dan isterinya yang berusia 36 tahun direman tujuh hari bermula 11 Ogos lalu sebelum reman berkenaan disambung pada Sabtu lalu.

Syed Muhammad Danial, 29 disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

Kejadian pada jam 1.40 tengah hari itu berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dan suspek yang berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Leave a Reply