Kabinet dirombak dalam waktu terdekat?

Last Updated on

Senarai penuh Kabinet Malaysia. FOTO BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR – Dua akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily dan Sinchew Daily melaporkan rombakan Kabinet dijangka akan berlaku dalam waktu terdekat.

Akhbar itu juga mendakwa Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menyertai Kabinet, lapor Sinar Harian, hari ini.

Oriental Daily mendakwa tindakan itu akan diambil kerana Kabinet dikatakan memerlukan anggota yang berpengalaman.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagaimana laporan akhbar itu juga dikatakan sudah membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Manakala pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan lain akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikatakan akan terus dikekalkan.

Leave a Reply