ROBERT MUGABE MENINGGAL DUNIA

Last Updated on

Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe. Foto Reuters

Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, meninggal dunia pada usia 95 tahun hari ini di Singapura.

Ikon kemerdekaan Zimbawe yang kemudiannya bertukar menjadi pemimpin autokratik itu sebelum ini menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura sejak April lalu.

Mugabe digulingkan pihak tentera pada 2017 selepas memegang tampuk kepimpinan negara di benua Afrika itu selama 37 tahun.

Mugabe sebelum itu dijulang rakyat Zimbabwe kerana meluaskan akses pendidikan dan kesihatan untuk majoriti kulit hitam sebelum beliau digulingkan kerana dakwaan korupsi.

Pengganti Mugabe, Emmerson Mnangagwa menyatakan “kesedihan yang amat” selain menyifatkan mendiang sebagai “ikon kemerdekaan”. — BBC News

Leave a Reply