JAKIM PENERAJU HALAL KOMPETEN: KP

Last Updated on

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim. Foto JAKIM

Pengurusan halal di Malaysia yang diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri terus berkembang dengan pesat.

Pengurusan halal yang diterokai JAKIM seawal 1974, kini menjadi jenama yang terkenal dan diyakini sehingga ke peringkat antarabangsa. Malah telah menjadi salah satu kebanggaan Negaraku Malaysia. 

Masyarakat terus menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap Halal Malaysia yang ditadbir urus sebuah institusi kerajaan yang sepenuhnya bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal agama Islam seperti JAKIM. 

Prinsip yang dipegang JAKIM adalah integriti halal yang tinggi dengan kualiti terjamin. Di tambah pula dengan pengalaman JAKIM yang luas dalam bidang halal yang mampu menguruskan dengan kompeten, cekap dan inovatif. 

Halal Malaysia telah mempunyai standard dan piawaian yang mantap. Sehingga kini terdapat tujuh standard telah berjaya dibangunkan dalam pelbagai bidang makanan dan minuman, premis makanan, kosmetik, farmaseutikal dan lain-lain.

Ekosistem pengurusan halal yang dilaksanakan JAKIM semakin kukuh dan berkembang pesat.

Ini dibuktikan dengan kehadiran dan permintaan pihak industri di dalam dan luar negara yang mengiktiraf JAKIM sebagai institusi unggul untuk dirujuk dan mendapatkan maklumat mengenai halal.

JAKIM optimis untuk terus melangkah kehadapan dalam pengurusan halal demi memastikan nama JAKIM khususnya dan Malaysia amnya dihormati, disegani dan dicontohi.

Program promosi bagi meningkatkan kesedaran kepentingan pensijilan halal dalam kalangan pengguna serta menggalakkan permohonan sijil halal dalam kalangan industri terus giat dilaksanakan bersama rakan strategik.

Terkini adalah kejayaan penganjuran HALFEST JAKIM 2019 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menarik lebih 540 usahawan dan hampir 100,000 pengunjung. — Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM.

Leave a Reply