TURKI TIDAK MAMPU TANGANI GELOMBANG BARU MIGRAN SYRIA: ERDOGAN

Last Updated on

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tidak mampu untuk menangani gelombang baru migran dari Syria.

Erdogan dalam laporan Reuters hari ini berkata, Ankara dan Washington perlu mewujudkan “zon selamat” dalam wilayah konflik itu dengan kadar segera.

Kedua-dua sekutu NATO itu bersetuju untuk mewujudkan zon selamat di utara Syria di sepanjang sempadan selatan Turki selain membersihkan kawasan itu daripada ancaman pemberontak YPG.

Ahad lalu, Tentera Turki dan Syria menjalankan rondaan bersama yang pertama di wilayah konflik terbabit. – Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply