Seluruh negara diisytihar kawasan larang pembakaran terbuka

Last Updated on

Seorang murid sekolah sekitar Kuala Lumpur mengenakan topeng muka bagi mengurangkan kesan buruk terhadap kesihatan susulan keadaan cuaca berjerebu yang melanda negara ketika ini. FOTO ALHIJRAH ONLINE

KUALA LUMPUR – Seluruh negara diisytiharkan sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuat kuasa serta-merta sehingga Monsun Barat Daya berakhir.

Bagaimanapun, larangan ini dikecualikan bagi tujuan keagamaan, pembakaran mayat dan pembakaran gas mudah terbakar.

Arahan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar susulan keadaan jerebu yang melanda negara sejak September lalu.

Larangan itu tertakluk di bawah Seksyen 29AA (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Menurut Norlin, mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Orang ramai juga diminta memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Alam

Sekitar (JAS) berhubung sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727.

Leave a Reply