Lembu kaki lima hidap polymelia

Last Updated on

Lembu berkaki lima ini menarik perhatian peminatnya sehingga pemiliknya diberi tawaran untuk menjualnya.

BESUT, TERENGGANU – Anak lembu jantan yang dilahirkan dengan lima kaki di sini disahkan menghidap polymelia, sindrom yang menyebabkan lebihan anggota badan dan boleh berlaku kepada haiwan mahupun manusia.

Menurut pemiliknya, Muhamad Samad, kaki kelima lembu itu tumbuh di bahagian dada dan memerlukan penjagaan rapi pada awal kelahirannya sejak April lalu.

Muhamad Samad

“Kaki kelimanya itu, kukunya pecah dua, tapi dicelah kuku inilah kita kena usaha sungguh-sungguh untuk ubati. Kemungkinan kalau tidak ubat, ia akan jadi buruk celah itu,” katanya.

Kewujudan lembu itu disembunyikan daripada orang ramai bagi mengelakkan anak lembu itu mengalami stres yang boleh mengakibatkan kematian, kata Muhammad.

Muhamad pernah diberikan tawaran untuk menjual lembu itu, tetapi dia menolak dan menganggap anak lembu itu unik.

Leave a Reply