PARTI ENNADHA DAHULUI DALAM PILIHANRAYA PARLIMEN TUNISIA

Last Updated on

TUNIS : Parti Islam Tunisia “Ennahdha” dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya parlimen Tunisia berdasarkan tinjauan umum yang dijalankan, menyaksikan 17.5 peratus undian menyokong parti berkenaan.

Agensi berita Xinhua yang memetik hasil tinjauan syarikat Tunisia, Sigma Conseil, berkata parti The Heart of Tunisia menduduki tempat kedua dengan 15.6 peratus undi manakala Parti Free Destourian di tempat ketiga.

Presidennya, Nabil Karoui, yang berada dalam penjara kerana disyaki melakukan pengubahan wang haram, bertanding sebagai calon presiden untuk penggal kedua.

Menurut agensi berita itu, ketua pihak berkuasa pilihan raya, Nabil Baffoun, ketika mengumumkan pengundian ditutup berkata jumlah keluar pengundi adalah sebanyak 41.32 peratus.

Pusat pengundian mula dibuka pada Ahad pagi di 24 wilayah Tunisia.

Lebih 15,000 calon dari pelbagai parti, parti gabungan dan calon bebas bertanding untuk merebut sejumlah 217 kerusi parlimen. — AGENSI

Leave a Reply