SERANGAN BOM DI TIMUR AFGHANISTAN – 10 MAUT

Last Updated on

JALALABAD : Serangan bom yang menyasarkan sebuah bas yang membawa rekrut untuk tentera keselamatan Afghan hari ini, membunuh sekurang-kurangya 10 dan 27 cedera.

Jurucakap gabenor Nangarhar, Ataullah Khogyani berkata, sebutir bom telah diletakkan di sebuah motosikal yang diletupkan ketika bas melalui kawasan kejadian.

Menurut agensi, mangsa adalah tentera yang direkrut dan orang awam, termasuk kanak-kanak. Sebahagian daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Sohrab Qaderi, ahli Majlis Daerah Nangarhar menyatakan bahawa “Tiada kumpulan bertanggungjawab tampil untuk serangan ini namun Jalalabad sering menjadi sasaran Taliban dan Daesh.”– Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply