BAJET 2020 PENGHARGAAN BUAT MURRABI UMMAH: KP JAKIM

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Bajet 2020 yang menaikkan elaun guru KAFA di seluruh negara disifatkan sebagai menghargai murabbi ummah.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim turut menyambut baik peningkatan peruntukan bagi hal ehwal Islam dalam Bajet 2020 dibentangkan Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.

Katanya, ini termasuk RM10 juta peruntukan bagi Program Rahmatan Lil Alamin yang akan digunakan untuk mempromosikan nilai-nilai RAHMAH dalam Gagasan Negara Rahmah bagi meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Saya turut bergembira dengan pengumuman peruntukan kepada para pendidik atau murobbi ummah melaui peruntukan sekolah agama, institusi tahfiz dan pondok.

“Guru-guru KAFA juga menerima berita baik dengan kenaikan elaun yang diumumkan.

“Tidak ketinggalan kepada para imam, bilal dan siak turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam pembentangan bajet kali ini,” katanya dalam posting di laman Facebook rasmi beliau sejurus pembentangan bajet berakhir.

Mohamad Nordin juga menyifatkan bajet itu sebagai penghargaan kepada murobbi ummah yang sentiasa bertungkus lumus dalam mendidik dan membangunkan masyarakat dengan nilai-nilai harmoni.

“Saya yakin ianya akan dapat memotivasikan para murobbi ummah di negara ini,” katanya. — AlHijrah Onlime

Leave a Reply