ELAUN KAFA NAIK RM100, BANTUAN ONE-OFF RM500 IMAM, BILAL

Last Updated on

KUALA LUMPUR : Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA seluruh negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kenaikan elaun itu membabitkan peruntukan tambahan RM46 juta.

Beliau berkata kerajaan turut mencadangkan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap imam, bilal, penjaga masjid dan guru takmir.

“Kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bertujuan membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan.

“Kerajaan akan terus menegakkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Peruntukan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri juga ditingkatkan kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion peruntukan sebelum ini. — AlHijrah Online

Leave a Reply