IRAQ BERKABUNG TIGA HARI

Last Updated on

BAGHDAD : Iraq berkabung selama tiga hari bermula hari ini untuk lebih 100 orang yang terbunuh ketika protes baru-baru ini.

Menurut laporan AFP, Kerajaan Iraq dijangka melakukan rombakan parlimen susulan krisis politik parah yang sedang melanda negara itu.

Bagi menghormati mereka yang kehilangan nyawa, Iraq mengibarkan bendera mereka pada setengah tiang.

Mereka yang terbunuh termasuk penunjuk perasaaan serta anggota polis yang terlibat diisytiharkan sebagai syahid dan pampasan akan diberikan kepada keluarga masing-masing.

Sementara itu, laman media sosial Iraq masih tidak dapat diakses, namun apabila menggunakan aplikasi rangkaian peribadi maya (VPN), imej yang didapati kebanyakannya imej penunjuk perasaan maut akibat terkena peluru hidup.

Penembak hendap dan pensabotaj disalahkan oleh pihak berkuasa Iraq, namun kemudian mengakui bahawa pihak tentera yang bertindak ganas di bandar Sadr, Baghdad.

Perdana Menteri, Adel Abdel Madhi berikrar akan melakukan rombakan parlimen yang bergantung kepada penyertaan blok terbesar terdiri daripada 54 ahli Parlimen yang diketuai ulama, Moqtada al-Sadr.

Menurut laporan agensi itu, Kerajaan Iraq mencadangkan perubahan untuk menurunkan kadar pengangguran anak muda dan Kementerian Buruh mencadangkan pendaftaran kerja dalam talian sejak protes dan keganasan tenang. — AGENSI

Leave a Reply