ORANG AWAM LARIKAN DIRI SUSULAN PERTEMPURAN MILITAN KURDISH, TENTERA TURKI

Last Updated on

TALL TAMR : Ribuan orang awam di Turki melarikan diri daripada serangan udara dan pengeboman susulan pertempuran antara militan Kurdish dengan Tentera Turki, demikian laporan AFP semalam.

“Kami menuju ke kawasan luar bandar kerana takut pengeboman berulang dan pertempuran kini semakin sengit,” kata Rizan Mohammad, 33, yang meninggalkan bandar Qamishli bersama keluarganya. 

Rata-rata orang awam meninggalkan kediaman masing-masing dengan menggunakan kenderaan atau berjalan kaki sambil membawa harta benda.

Laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Kemanusiaan menganggarkan 70,000 orang awam kehilangan tempat tinggal mereka sejak Ankara melancarkan operasi.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) dan pegawai tentera Kurdish, beberapa pertempuran berlaku di beberapa lokasi dan kebanyakannya tertumpu di Tal Abyad, iaitu antara bandar utama di bawah kawalan Kurdish yang menjadi dambaan Ankara.

Media Turki melaporkan, pertempuran turut berlaku di sekitar kawasan Ras al-Ain, antara bandar dijadikan sebagai matlamat utama dalam serangan itu.

Sekurang-kurangnya 29 pejuang dan 10 orang awam dilaporkan terbunuh sejak serangan bermula Rabu lalu. — AGENSI

Leave a Reply