SUDAN MOHON LANJUTKAN TEMPOH DARURAT

Last Updated on

KHARTOUM : Parlimen Sudan memohon untuk melanjutkan tempoh darurat untuk tiga bulan lagi.

Agensi berita Xinhua dalam laporannya berkata tempoh lanjutan itu berkuatkuasa Jumaat ini, kata Ketua Majlis Kedaulatan, Mohamed al-Faki Suleiman dalam satu kenyataan.

Februari lalu, Sudan diisytiharkan darurat selama setahun namun parlimen hanya memberi tempoh selama enam bulan sahaja dan pada Julai lalu, Majlis Peralihan Tentera (TMC) telah meluluskan darurat selama tiga bulan.

Sudan dikejutkan dengan protes sejak Disember lalu apabila penunjuk perasaan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka yang menganggap Bashir gagal membaiki masalah ekonomi negara yang semakin kritikal.

Sudan yang mempunyai penduduk seramai 40 juta itu, kini bergelut utnuk pulih setelah kehilangan tiga perempat daripada hasil pengeluaran minyaknya sejak berpecah dengan Sudan Selatan pada 2011.

Sudan kini diperintah di bawah perjanjian perkongsian kuasa antara TMC dan Forces of Freedom and Change (FFC). — Agensi

Leave a Reply