RUSIA BANTAH PBB HALANG OPERASI TURKI

Last Updated on

WASHINGTON: Rusia menyekat kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang meminta Turki menghentikan operasi ketenteraannya di timur laut Syria.

Kenyataan dirangka Amerika Syarikat (AS) itu menggesa Turki menghentikan operasinya dan menyelesaikan isu keselamatan dihadapinya melalui saluran diplomatik.

Agensi berita Anadolu yang memetik diplomat PBB berkata, China turut menyertai Moscow membantah draf Majlis Keselamatan PBB itu.

Menurut kenyataan itu yang diperoleh Anadolu, ia menyatakan “kebimbangan mendalam” anggota Majlis Keselamatan PBB mengenai operasi ketenteraan Turki dan “implikasinya termasuk dimensi kemanusiaan dan keselamatan”.

Turki melancarkan Operasi Peace Spring pada Rabu lalu bagi menghapuskan pengganas dari timur laut Syria bagi memastikan keselamatan di sempadannya, membantu kepulangan pelarian Syria dan integriti wilayah terbabit.

Ankara mahu membersihkan kawasan timur Sungai Euphrates dari pengganas PKK dan kumpulan pengganas Syria, PYD/YPG.

PKK yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah, bertanggungjawab atas kematian lebih 40,000 nyawa, termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi, sepanjang tempoh 30 tahun keganasan ke atas Turki. – Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply