PERGINYA PERMATA UMMAH

Last Updated on

Siaran Berita AlHijrah 15 Oktober 2019 mengenai majlis pengebumian jenazah Naib Presiden MAPIM, Abdul Aziz Abu Bakar di Tanah Perkuburan Islam Segambut petang semalam.

Allahyarham, 53, adalah seorang aktivis Palestin yang banyak melakukan kerja-kerja amal di Gaza bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Allahyarham, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr Ahmad Sani Arabi Al Kahery adalah individu bertanggungjawab membina sembilan masjid di tanah Palestin (Gaza) dan puluhan lagi di tempat lain.

Perginya permata ummah, pejuang Palestin dan perginya seorang sahabat dan guru. Al Fatihah. — AlHijrah Online/Syed Azwan Syed Ali

Leave a Reply