IRAN ANCAM SERANG KEPENTINGAN AS DAN SEKUTUNYA

Last Updated on

TEHRAN : Tentera Iran mengancam akan menyerang kepentingan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya andai Washington terus bertindak melakukan provokasi, lapor agensi berita Xinhua.

“Mana-mana kawasan dan wilayah yang melindungi kepentingan AS serta sekutunya akan diserang (jika Iran diserang) dan Iran telah membuktikan mereka mampu melakukannya,” kata jurucakap tentera Iran Abolfazl Shekarchi dipetik Press TV.

“Walaupun ada negara tidak terlibat secara langsung dalam perang (terhadap Iran), tetapi wilayahnya digunakan oleh musuh, kita tetap menganggap wilayah itu sebagai musuh,” kata Shekarchi.

Pada 22 Okt, Ketua Turus Tentera Iran Mohammad Baqeri berkata “musuh perlu menangung akibat yang buruk jika melakukan sebarang tindakan agresif terhadap Iran.” — BERNAMA

Leave a Reply