JORDAN GESA KOMUNITI DUNIA SOKONG PALESTIN

Last Updated on

AMMAN: Presiden Dewan Senat Jordan, Faisal Fayez menggesa komuniti antarabangsa untuk bersama-sama memikul tanggungjawab menyokong perjuangan rakyat Palestin membentuk negara berdaulat di tanah mereka, demikian laporan agensi berita Xinhua.

Memetik agensi berita tempatan Petra, Fayez dilaporkan berkata demikian dalam ulang tahun ke-102 Deklarasi Balfour yang ditandatangani British pada 2 November 1917 yang menyokong penubuhan negara Yahudi di tanah Palestin.

“Penjajahan Palestin, yang paling lama di dunia, tidak lagi boleh diterima,” kata Fayez.

Ahli Parlimen Jordan, Yahya al-Saud turut menggesa institusi serantau dan antarabangsa untuk menguatkan sokongan kepada Palestin.

Warga Palestin kita berdepan dilema akibat tindakan Israel yang mahu mengyahudikan Baitulmaqdis Timur. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply