KERAJAAN YAMAN DISOKONG PBB DAN STC METERAI PERJANJIAN RIYADH

Last Updated on

RIYADH : Kerajaan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Peralihan Selatan (STC) menandatangani “Perjanjian Riyadh,” yang ditaja Arab Saudi, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis memeterai perjanjian itu dihadiri Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud, Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan, Presiden Yaman Abd-Rabbu Mansour Hadi, Presiden STC Aidarus al-Zoubaidi, bersama pegawai Arab dan dari negara barat yang lain serta duta besar.

Putera Mahkota Arab Saudi menyifatkan perjanjian itu sebagai “satu langkah ke arah penyelesaian politik untuk menamatkan perang di Yaman.”

Perjanjian di antara kedua-dua pihak yang bersatu menentang militia Houthi yang disokong Iran, memulakan kerjasama fasa baharu di kawasan di bawah kawalan mereka, tambahnya.

Antara inti pati perjanjian itu termasuk kerajaan Hadi yang diasingkan ke Aden dikembalikan dalam tempoh tujuh hari, penyatuan ketenteraan di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan serta penubuhan kerajaan di antara utara dan selatan Yaman. — BERNAMA

Leave a Reply