GEMPA BUMI 5.9 SKALA RICHTER LANDA BARAT LAUT IRAN

Last Updated on

Tehran : Gempa berskala 5.9 magnitud melanda wilayah Tark di timur laut barat Azarbajian, 2.17 pagi tadi (2247 GMT pada malam Khamis), menurut Pusat Seismologi Iran.

Memetik sumber laporan Agensi Berita Xinhua, pusat gempa itu berada pada kedalaman 2km, 47.64 darjah latitud dan 37.76 darjah longitud.

Tiada kecederaan dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh gempa terbabit dilaporkan, menurut agensi. — Terjemahan AlHijrah Online.

Leave a Reply