69 RAKYAT PALESTIN CEDERA, 29 DITEMBAK DI TIMUR GAZA

Last Updated on

GAZA : Sekurang-kurangnya 69 warga Palestin tercedera dalam pertempuran dengan tentera Israel tengah hari semalam di sempadan timur Gaza, demikian menurut seorang pegawai tempatan.

Laporan agensi berita Xinhua memetik kenyataan Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qedra berkata seramai 69 warga Palestin tercedera di timur Gaza, termasuk 29 ditembak oleh tentera Israel.

Ratusan warga Palestin berkumpul di sempadan timur Gaza dengan Israel untuk menyertai perhimpunan dan protes mingguan anti-Israel atau Great March of Return yang diadakan sejak Mac tahun lalu.

Saksi berkata, warga Palestin mengibarkan bendera Palestin, melaungkan slogan anti-Israel serta melemparkan batu ke arah askar Israel di sempadan, yang melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah.

Menurut agensi itu, paramedik melaporkan berpuluh-puluh mangsa cedera selepas menghirup gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel dan beberapa mangsa tercedera akibat terkena tembakan peluru logam bersalut getah.

Kebanyakan mangsa dirawat di tempat kejadian, katanya.

Ahmad Bahar, pemimpin kanan Hamas dari Gaza memberitahu wartawan bahawa ramai peserta terbabit dalam penunjuk perasaan dan “sekali lagi rakyat akan menggagalkan cubaan menjatuhkan kami”.

Beliau menegaskan perarakan itu tidak akan berhenti sehingga mencapai matlamat untuk menhentikan pengepungan Israel ke atas Gaza sejak 2007 apabila pergerakan Hamas menguasai wilayah itu.

Suruhanjaya Tertinggi GMR sebelum ini menyeru penduduk di kawasan pesisiran pantai untuk menyertai perhimpunan mingguan ke-82 “bagi menghantar mesej bahawa bantahan ini tetap berjalan.”

Kementerian Kesihatan di Gaza dalam satu kenyataan berkata tentera rejim.Israel membunuh 313 penunjuk perasaan dan mencederakan 19,000 mangsa di Gaza sejak tunjuk perasaan bermula Mac tahun lalu. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply