TURKI HANTAR PULANG MILITAN DAESH

Last Updated on

ISTANBUL : Turki mula menghantar pulang anggota militan Daesh yang ditahan ke negara asal mereka dalam tempoh 72 jam.

Langkah itu sebahagian usaha Turki untuk memberi tekanan kepada negara Eropah yang enggan mengambil semula rakyat mereka yang direkrut kumpulan itu.

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkata negaranya bukan ‘hotel’ untuk tahanan Daesh dari negara lain.

“Sekarang kami akan mula pulangkan mereka kepada kamu,” kata Soylu menegaskan proses penghantaran pulang akan bermula Isnin ini.

Menteri Dalam Negeri Turki itu, bagaimanapun tidak menjelaskan dengan jelas bagaimana pihak terbabit dihantar pulang atau apa akan berlaku jika negara asal enggan menerima tahanan itu.

Beberapa negara Eropah bertindak membatalkan kewarganegaraan tahanan militan itu, sekali gus menjadikan mereka hilang kerakyatan. – Agensi

Leave a Reply