51 penduduk haram Israel ceroboh masjid Al-Aqsa

Baitulmaqdis, 5 Mac – Dengan kawalan ketat pihak polis Israel, sekurang-kurangnya 51 pendatang Yahudi, termasuk beberapa pegawai bahagian risikan telah menceroboh kawasan masjid Al-Aqsa pagi Isnin lalu.

Kebelakangan ini Israel kerap melakukan pencerobohan ke atas masjid Al-Aqsa – Foto Al-Quds Foundation Malaysia

Menurut Pihak Berkuasa Awqaf Islam Al-Quds, polisi Israel membenarkan 38 pendatang menceroboh masjid Al-Aqsa dan melakukan ritual berhampiran Bab al-Rahma.

Al-Quds Foundation Malaysia melaporkan 13 pegawai perisikan memakai pakaian seragam turut kelihatan di perkarangan masjid tersebut.

Sementara itu, polis Israel turut menahan Pengurus masjid Al-Aqsa, Samer Abu Quwaider dan membawanya ke salah satu lokasi untuk disoal siasat.

Pihak berkuasa Israel baru-baru ini mengusir berpuluh-puluh pengawal dari masjid Al-Aqsa selepas disoal siasat kerana membuka pintu Bab Al-Rahma.

Leave a Reply