Amaran kepada zionis: Jangan tutup Bab Al-Rahma

Last Updated on

Pengawal masjid Al-Aqsa telah memberi amaran bahawa keputusan terbaru Israel untuk mengharamkan pegawai dan pekerja Al-Awqaf daripada masuk masjid Al-aqsa bertujuan untuk menutup kembali kawasan Bab Al-Rahma.

Penduduk Palestin melaksanakan solat di kawasan Bab al-Rahma selepas ia berjaya dibuka. – Foto Al-Quds Foundation Malaysia

Satu kenyataan menyebutkan 14 daripada pegawai masjid Al-Aqsa dan beberapa pegawai Awqaf telah ditangkap dan kemudian dihalang daripada memasuki tempat suci tersebut oleh polis Israel untuk tempoh antara dua minggu hingga enam bulan.

Al-Quds Foundation Malaysia melaporkan tempoh pengharaman untuk memasuki masjid Al-Aqsa ke atas beberapa orang dari kalangan mereka turut dilanjutkan.

“Pihak berkuasa zionis cuba untuk ‘menghukum’ Majlis Awqaf Islam di atas keputusannya untuk membuka kawasan Bab Al-Rahma dengan menahan Ketua Sheikh Abdul-Azim Salhab dan timbalannya Sheikh Najeh Bukairat.”

“Tindakan ini adalah salah kerana Majlis Awqaf adalah satu-satunya badan yang berkuasa untuk menguruskan hal ehwal masjid Aqsa dan ia tidak tertakluk kepada sebarang keputusan dan arahan pihak Israel, ” kata salah seorang pengawal masjil Al-aqsa dalam satu kenyataan.

Mereka menyedari usaha pihak berkuasa Israel untuk menutup kembali bab Al-Rahma dengan cara ‘melenyapkan’ kesemua pengawal masjid Al-Aqsa secara berperingkat.

Justeru rakyat Palestin diseru untuk bangkit mempertahankan Bab Al-Rahma dan menentang sebarang tindakan jahat oleh pihak zionis.

Leave a Reply