Author Archives: Syed Ali

Kuota Matrikulasi: Unisza, UMT sokong kenyataan Menteri Pendidikan

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyokong kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung keputusan mengekalkan kuota 90 peratus kemasukan Bumiputera ke dalam program matrikulasi. Naib Canselor UniSZA, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kuota peruntukan pelajar Melayu dan Bumiputera perlu dikekalkan dan ditambahbaik demi keperluan semasa. “Ia juga selaras dengan

Read more

Jokowi pertahan jawatan Presiden Indonesia

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berjaya mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua setelah menewaskan pencabar utama, Prabowo Subianto dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019, umum Komisi Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU). KPU dijangka mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya yang diadakan pada 17 April lalu esok namun berikutan kebimbangan berlakunya kekecohan keputusan dikeluarkan lebih awal tanpa sebarang notis. Jokowi dan

Read more

Kalau bukan salah ibu yang mengandung, salahkah guru yang mendidik?

Pada Tarikh 16 Mei setiap tahun, gegak gempitalah seluruh warga  pendidik menyanyikan lagu keramat mereka ‘Guru Malaysia’ dengan penuh semangat. Setiap patah lirik yang keluar dari mulut guru-guru ini melambangkan ikrar yang tak berbelah bahagi seorang pendidik dalam merealisasikan amanah yang dipertanggungjawabkan di pundak mereka. Ikrar murni kepada anak didik, pemerintah dan negara tercinta tidak pernah dipersiakan. Suatu ketika dahulu,

Read more

Mesyuarat tergempar GCC, Liga Arab 30 Mei ini

JEDDAH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz memanggil mesyuarat tergempar Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan pemimpin Liga Arab untuk membincangkan isu keselamatan dan langkah untuk mempertingkatkan keselamatan di rantau terbabit. The Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Raja Salman telah menjemput pemimpin Teluk dan negara Arab untuk menghadiri dua sidang kemuncak tergempar di Makkah pada 30 Mei ini berhubung ‘pencerobohan’

Read more

Masjid baharu untuk Kampung Thamer Kemboja

KEMBOJA, 17 Mei – Kampung Thamer, Kemboja menjadi lokasi terpilih pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa dalam menghulurkan bantuan bagi membina Masjid Baru Kampung Thamer. Pengerusinya, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, pembinaan masjid baharu itu nanti akan memberi kemudahan kepada lebih 250 keluarga Islam yang menetap di situ. “Kampung ini adalah kampung pedalaman yang bertuah kerana tidak ramai orang

Read more

KTMB lancar MyRailtime untuk kemudahan pengguna

KUALA LUMPUR – Sebagai menyahut cabaran digital dalam era sumber maklumat sentiasa berada di hujung jari, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan aplikasi ‘MyRailtime’ bagi membantu orang ramai menyemak jadual perjalanan, waktu ketibaan dan pelepasan perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan Tanjung Malim mengikut waktu sebenar. Sinar Harian yang memetik laporan Bernama menyebutkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

Read more

305 penduduk Palestin maut dalam 410 hari

GAZA CITY – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, seramai 305 penduduk Palestin maut sejak tercetusnya bantahan besar-besaran ‘Great March of Return’ di sepanjang pagar sempadan pada 30 Mac tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, seramai 59 kanak-kanak, 10 wanita dan seorang warga emas terbunuh akibat terkena tembakan peluru hidup dilepaskan tentera Israel, manakala 17,335 lagi mengalami kecederaan. Kementerian turut mengesahkan

Read more

PBB sahkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom

SHAH ALAM – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Menerusi satu kenyataan, pihaknya telah menerima notis awal daripada Kementerian Luar Negeri berhubung penarikan Malaysia daripada statut tersebut. “Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik keputusan menyertai Instrument Of Instruction daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April

Read more

AS arah kakitangan kerajaan bukan kecemasan tinggalkan Iraq

BAGHDAD – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada Rabu berkata Jabatan Negara AS telah mengarahkan kakitangan bukan kecemasan yang bertugas di kedutaan negara itu di Baghdad dan konsulatnya di Erbil agar meninggalkan Iraq, lapor agensi berita China Xinhua yang dipetik oleh Bernama. “Perkhidmatan visa normal di kedua-dua tempat (Baghdad dan Erbil) akan digantung buat sementara,” menurut kenyataan kedutaan itu.

Read more

Institusi keluarga berperanan tangani perubahan iklim: TPM

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata fenomena perubahan iklim ini banyak dipengaruhi oleh aktiviti manusia, sehubungan itu keluarga berperanan penting dalam membantu usaha dunia menanganinya. Katanya keluarga diharap memberi perhatian kepada perubahan iklim yang turut memberi kesan kepada keluarga seperti penipisan lapisan ozon, pengeluaran karbon dioksida berlebihan, pengurangan kawasan hijau

Read more
« Older Entries