Author Archives: Syed Ali

Hamas, Fatah kembali bertelagah

RAMALLAH, 14 Januari – Perpecahan selama sedekad di Palestin dijangka semakin meruncing dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas Presiden Mahmoud Abbas dilaporkan bersedia untuk mengambil beberapa langkah ke atas Gaza untuk memberi tekanan kepada Hamas. Memetik laporan Sinar Online menyebutkan pegawai kanan rapat dengan Abbas memaklumkan pemimpin Fatah tersebut sedang membuat rancangan untuk menghukum Hamas yang menandakan perjanjian perdamaian

Read more

Tikus serang kem pelarian

SYRIA, 14 Januari – Pelarian Palestin di kem I’zaz, utara Syria menghadapi masalah terbaru iaitu penyebaran populasi tikus yang membimbangkan penghuni kem. Aktivis, Ammar Al-Qudusi, ahli Persatuan Pelarian Palestin berkata terdapat seorang kanak-kanak digigit tikus pada bahagian bawah bibir. Terdapat 13 kes gigitan tikus selain itu yang dilaporkan. Dia menyelar pihak berkuasa tempatan kerana memandang remeh isu tersebut sambil menyatakan

Read more

Mahkamah India bakal dengar kembali kes Ayodhya

AYODHYA, 11 Januari – Mahkamah Tertinggi India dijangka akan mendengar kembali kes Ayodhya pada 29 Januari depan. Kes ini telah mengundang perdebatan dan kontroversi hangat berkenaan rancangan untuk membina kuil Hindu di tapak runtuhan masjid yang dibina semasa era Mughal. Isu ini telah menjadi pertikaian antara penganut Hindu dan Islam sejak ia dibina pada abad ke-16. Reuters melaporkan daripada agensi

Read more

AS undur tentera dari Syria

KAHERAH, 11 Januari – Setiausaha Amerika Syarikat, Mike Pompeo menyatakan bahawa Amerika akan mengundurkan tenteranya daripada Syria tetapi dalam masa yang sama akan terus memerangi militant ISIS. Al-Jazeera melaporkan kenyataan beliau ketika bercakap di Kaherah dalam sidang media bersama rakan sejawat beliau daripada Mesir, Sameh Shoukry Khamis lepas, beliau menegaskan bahawa Amerika akan sentiasa menjaga keutuhan hubungan bersama negara rakan

Read more

Peningkatan suhu laut dunia kritikal

Saintis memberi amaran suhu laut diseluruh dunia telah meningkat mendadak dan mencatatkan rekod suhu tertinggi pada 2018. Fenomena ini bakal mengancam hidupan laut. Reuters melaporkan, berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan oleh rangkaian antarabangsa menunjukkan terdapat sejumlah 3,900 bahan terapung dikesan di lautan semenjak tahun 2000. Realiti yang berlaku ini menunjukkan peningkatan suhu secara mendadak semenjak 1971.

Read more

Ahli politik bakal disingkir kerana beragama Islam

AMERIKA SYARIKAT – Parti Republikan di Tarrant County akan mengundi minggu ini bagi menyingkirkan naib pengerusi mereka kerana beliau beragama Islam. Menurut sinar Online, kempen tersebut diketuai Dorrie O’ Brien dan wanita itu kini di landasan tepat dalam cubaan menyingkirkan Shahid Shafi, seorang pakar bedah trauma di Forth Worth iaitu bandar terbesar di Tarrant County. “Kami fikir beliau amat tidak

Read more

Lima tentera Britain terbunuh di Syria

DAMSYIK, 10 Januari – Sekurang-kurangnya lima tentera Britain terbunuh dalam serangan roket dilancarkan kumpulan militan Daesh di timur Dayr Al-Zawr pada Sabtu lalu. Agensi berita Al-Watan dalam laporannya berkata, serangan di perkampungan Al-Shfaah itu turut menyebabkan beberapa anggota tentera pakatan cedera. Dayr Al-Zawr terletak 450 kilometer di timur laut Damsyik. Kerajaan United Kingdom (UK) belum mengulas laporan tersebut. Jika laporan

Read more

Yahudi gesa Australia boikot perlawanan bola sepak menentang Palestin

Yahudi terus menekan kebebasan Palestin walaupun di peringkat antarabangsa apabila Persatuan Yahudi Australia (AJA) menggesa pasukan bola sepak kebangsaan negara itu supaya memboikot perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Piala Asia menentang Palestin Jumaat ini. Gesaan itu dilakukan atas alasan dangkal kononnya Palestin bukan negara yang diiktiraf oleh komuniti antarabangsa. Alasan itu menampakkan kebodohan AJA kerana Palestin telah diterima menyertai FIFA sejak

Read more

“Holocaust hanya alasan” – Pakar Yahudi

RABAT – Jacob Cohen, pakar pengkaji warga Maghribi berdarah yahudi membuat kenyataan dalam satu seminar bertajuk “Holocaust dan Agenda Zionist” bahawa Israel masih menggunakan tragedi ‘Holocaust’ sebagai alasan mendapatkan simpati dunia bagi menjustifikasikan tindakan mereka merampas tanah rakyat Palestin. Beliau yang dikenali dengan idea anti-zionis dan aktivis hak asasi manusia berkata “ Israel sejak 1970an lagi berusaha menonjolkan tragedi tersebut

Read more

Beijing sokong pertemuan Jong-un, Trump

BEIJING, 10 Januari – Sinar Online melaporkan bahawa presiden China, Xi Jinping memberitahu Kim Jong-un bahawa Beijing menyokong pemimpin Korea Utara itu dalam sidang kemuncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Dua rakan sekutu itu yang dijangka akan mengadakan pertemuan dua hari di Beijing minggu ini, dilihat sebagai sesi mengatur strategi ketika Jong-un bersedia untuk sidang kemuncak keduanya

Read more
« Older Entries Recent Entries »