BAYARAN GKP 4.0 BERMULA 21 SEPTEMBER

KUALA LUMPUR: Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan bermula pada Selasa, 21 September 2021.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta Perusahan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 RM500.

“Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan status kelulusan boleh dibuat mulai 20 September 2021 di https://gkp.hasil.gov.my.

Menurut Ismail Sabri sejumlah RM6.08 bilion telah disalurkan kepada PKS yang layak di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara.

“Saya berharap bantuan ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.

“Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai,” katanya. – AlHijrah Online

Leave a Reply