ALHIJRAH ONLINE

INDONESIA BONGKAR MAKMAL MINI SYABU, WARGA MALAYSIA ANTARA YANG DITAHAN

A Provincial Law Enforcement officer counts out 20 small packets of the illegal drug 'Tik', also known as methamphetamine, taken from a suspect in Mitchells Plain in Cape Town on March 05, 2021 during a joint operation between SAPS and provincial Law Enforcement officers which are part of the Western Cape government's Law Enforcement Advancement Plan (LEAP). - In the previous week ten people have been shot, with six killed in Mitchells Plain, in what is widely believed to be gang related violence. (Photo by RODGER BOSCH / AFP)

Gambar fail

JAKARTA: Badan Narkotik Nasional Indonesia membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan tiga individu warga tempatan, termasuk seorang warganegara Malaysia di Kepulauan Riau pada Selasa (19 Julai).

Ketua agensi itu, Inspektor General Petrus Golose berkata warga Malaysia yang juga bekas anggota polis berpangkat koperal ditahan dalam serbuan di makmal yang beroperasi di  rumah sewa di perumahan Sukajadi, Batam.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihaknya menemui sejumlah bahan bukti termasuk alat memproses, cecair prekusor dan syabu seberat 5.1 kilogram.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati syabu itu telah diproses di Malaysia namun siasatan lanjut akan diteruskan.

“Kalau mereka telah masuk (dan melakukan aktiviti seperti ini) kita bersama-sama harus berwaspada terhadap kegiatan-kegiatan clandestine laboratory (makmal rahsia),” kata Petrus.–AlHijrah Online

Exit mobile version