KUALA LUMPUR: Jeda kemanusiaan tidak sepatutnya dianggap sebagai penyelesaian kepada konflik berlarutan di Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Sebaliknya, beliau berkata jeda kemanusiaan itu harus menjadi permulaan untuk proses keamanan dan gencatan senjata yang berkekalan.
Oleh itu, beliau berkata Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memulakan langkah yang perlu untuk memastikan penyelesaian dua negara di Palestin menjadi kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa penyelesaian itu mendapat sokongan global dan turut disokong oleh banyak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Seluruh dunia sedang memerhati dan bergantung harap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terutama Majlis Keselamatan. Sudah teralu lama dan banyak kali badan ini mengecewakan rakyat Palestin. Kini sudah tiba masa untuk membetulkan ‘kesilapan sejarah’ kuasa besar yang menyebabkan pembunuhan dahsyat dan berpanjangan terhadap nyawa yang tidak bersalah dalam tempoh lebih tujuh dekad dalam sejarah moden.
“Ini adalah mesej yang jelas, bukan hanya dari rakyat Malaysia dan saya sendiri, bahkan daripada semua penduduk dunia yang mencintai perdamaian,” kata Zambry semasa menyampaikan Kenyataan Negara di Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York pada Rabu.
Beliau mengulangi bahawa satu-satunya cara untuk mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap soal Palestin adalah dengan memberikan mereka hak mutlak yang tidak boleh dinafikan untuk menentukan masa depan mereka sendiri, melalui penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka, berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Jeda kemanusiaan yang dicapai di Gaza hasil pengantaraan Qatar pada 22 November, bermula pada 7 pagi Jumaat, sebelum dilanjutkan selama dua hari pada Isnin.
Kementerian Luar Qatar pada 30 November mengumumkan bahawa gencatan senjata itu dilanjutkan selama satu hari lagi pada Khamis.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests