LEMAH TADBIR URUS, RAKYAT MERANA

Kebangkitan arab spring pada 2010 kini melanda negara yang diperintah Presiden Omar al Bashir kerana kegagalannya meningkatkan taraf ekonomi rakyat Sudan .

Omar  yang memegang tampuk pemerintahan sejak 1989 melalui rampasan kuasa dilihat gagal melaksanakan tugas malah rakyat terus dihimpit dengan pemansuhan pelbagai subsidi.

Sudan berdepan krisis ekonomi terburuk kebelakangan ini sejak wilayah Selatan Sudan yang mempunyai hasil minyak membuat keputusan untuk keluar daripada negara itu pada 2011.

Terbaru, pergolakan berlaku ekoran tunjuk perasaan di timur Sudan bagi membantah kenaikan harga roti.

Penganalisis sosio politik Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kerajaan Sudan bertindak menaikkan harga roti sebaganyak 80 sen ke RM2.50 di seluruh negara, yang mengakibatkan 37 penunjuk perasaan terkorban.

“Baru2 ini subsidi daripada minyak, gandum ditarik balik hingga menyebabkan harga roti naik tiga kali ganda. Ini sebenarnya mencerminkan kenaikan harga gandum dan pemansuhan subsidi yang dilakukan oleh presiden ini bukan memberi reflect kepada kehidupan, harga komidit tapi cerminkan ekonomi Sudan yang perlu dibaiki dan perlu dipulihkan.”

Tambahnya selain kegawatan ekonomi, negara itu terus dihimpit konflik apabila Omar  yang sepatutnya tamat tempoh pemerintahan pada 2018 berdegil tidak mahu melepaskan jawatannya sehingga pilihanraya negara itu yang bakal berlangsung 2020.

Lebih memburukkan keadaan usul untuk memanjangkan tempoh berkuasa presiden dari parti National Congress  itu disokong 294 ahli parlimen dari 490 kesemuanya.

Persoalannya adakah pilihanraya ini mampu mengubah nasib rakyat sudan?

Menurut Dr Awang Azman Awang Pawi, pilihan raya 2020  ini tidak akan mengubah nasib rakyat Sudan melainkan perlembagaannya dipinda.

“Di sudan protes rakyat semakin marah kepada kepimpinan presiden Sudan ini apabila beliau mahu meneruskan kuasanya walaupun dari segi perlembagaan negara tempoh tersebut telah tamat. Dan beliau meminta parlimen di negara dia menyokong agar dipinda perlembagaan supaya beliau berkuasa lebih lama lagi.”

Katanya lagi, sistem pentadbiran autokratik di negara itu mendorong kepada amalan kleptokrat pemimpinnya yang membangkitkan kemarahan rakyat.

Respon kerajaan terhadap penunjuk perasaan pula jelas menyalahi undang-undang antarabangsa.

Pihak polis, pasukan perisik dan tentera bertindak memukul orang awam, membuat pengkapan besar-besaran, menggunakan gas pemedih mata dan menggunakan peluru hidup bagi menghalang kemaraan protestan.

Sehingga kini dilaporkan lebih 300,000 maut dan 2.7 juta lari dari kediamannya sejak konflik itu berlaku.

Leave a Reply