MISI TADABBUR 114 SURAH My #QURANTIME DI TV ALHIJRAH BERMULA HARI INI

KUALA LUMPUR: Misi tadabbur 114 surah al-Quran melalui My #QuranTime, program signature TV AlHijrah dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) bermula jam 12 tengah hari ini.

Program bersejarah dalam dunia penyiaran negara itu, akan bersiaran selama 604 hari bersamaan 604 episod yang juga bersamaan 604 helai muka surat al-Quran, selama sejam setiap hari bermula 12 tengah hari di saluran 114 TV AlHijrah.

Ia turut disiarkan secara live streaming di Facebook TV AlHijrah, Sinar Harian dan QuranHour. Manakala penonton yang terlepas mengikuti secara live boleh menontonnya di Youtube QuranHour Channel.

Program signature TV AlHijrah itu dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & disokong rakan sinergi, Karya Bestari dan Sinar Harian.

Komitmen ‘unprecedented’ TV AlHijrah dan WUI itu dalam mengangkat sepenuhnya 114 surah al-Quran dilakukan susulan kejayaan Malaysia #QuranTime di TV AlHijrah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mencatatkan 1.6 juta tontonan TV dan 10 juta audiens di platform digital.

Semalam, misi My #QuranTime dimulakan dengan teaser tadabbur ayat al-Quran mengenai arak yang disiarkan secara eksklusif di Berita AlHijrah. (visual laporan di Youtube Berita AlHijrah di atas).

Terus bersama misi saluran 114 TV AlHijrah untuk membawakan tadabbur 114 surah selama 2 tahun bersama WUI untuk warga dunia.

Bersama-sama “MengQurankan bangsa, Mengikhlaskan ummah” di TV AlHijrah. — AlHijrah Online

4 comments

  • Kamsiah Salfudin

    Alhamdulillah. Rancangan yang bermanafaat untuk semua umat Islam. Supaya kita mendapat ilmu yang tidak kita jangkakan selama ini.

  • Member Hj Md Sirat

    Rancangan yang sangat bagus…
    Cuma satu ulasan saya minta maaf dulu kalau tersinggung..
    terlalu banyak bercakap dari nak tunjuk bacaan dan tajwid..
    (Maaf komen saya bukan niat menghina)

  • Alhamdulillah.. rezeki pencinta Quran. Kalau boleh uploadkan sekali slide nota yang dipaparkan semasa siaran. Senang bagi yang berminat untuk simpan.

Leave a Reply to Member Hj Md Sirat Cancel reply