KUALA LUMPUR: Nama Don Haadi dan Nahdatul Aishah pastinya tersemat dalam lipatan sejarah negara apabila menjadi pasangan pertama melaksanakan kaedah pernikahan secara dalam talian, melalui sidang video, baru-baru ini.
Mencuri tumpuan seluruh negara melalui kaedah pelaksanaan yang mungkin tidak pernah terfikir pun boleh dilakukan sedemikian rupa, sudah tentu ramai bakal pengantin di luar sana turut memasang hajat sama disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Walaupun nampak mudah, namun kaedah tersebut sebenarnya memerlukan kesemua pihak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan betul, kongsi Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail kepada Bernama.
Katanya, sehingga kini, sudah terdapat kira-kira 20 pasangan yang telah memohon untuk bernikah melalui kaedah tersebut dan dijangka angka itu akan meningkat pada masa akan datang.
Jelas beliau, mereka yang dibenarkan membuat permohonan untuk akad nikah dalam talian tersebut hanyalah pasangan yang telah mendapat kebenaran nikah daripada pihaknya sebelum PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
“Calon yang telah dapat kebenaran berkahwin (sebelum PKP) perlu isi borang dan dihantar kepada kita dan akan ditapis oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan setelah itu barulah diluluskan,” katanya.
Beliau berkata memandangkan ia dilaksanakan secara dalam talian, aspek utama yang diberikan perhatian sudah tentulah melibatkan kelajuan internet yang stabil dan tinggi, dan calon pasangan sendiri mestilah tahu menggunakan platform sidang video dalam talian seperti Skype.
“Proses ijab dan kabul ini tidak perlu ada gangguan ketika live (semasa berlangsung), kalau berlaku gangguan kena ulang balik (ijab dan kabul),” katanya.
Katanya, sebelum majlis akad nikah dilakukan, adalah penting juga untuk jurunikah/imam membuktikan semua yang terlibat adalah pihak yang betul, iaitu calon pengantin lelaki, wanita, wali serta saksi, melalui pembuktian identiti masing-masing selain perlu berkomunikasi dengan semua pihak yang terbabit dua atau tiga hari sebelum majlis.
Menariknya juga, beliau berkata sesi raptai juga akan dibuat bagi menguji penggunaan fasiliti terbabit dan memastikan semua pihak terlibat bersedia, dengan setiap satu sesi majlis hanya berlangsung kira-kira 15 minit sahaja.
Katanya, pada hari sebenar, terdapat tiga lokasi berbeza yang terlibat, setiap satunya akan menempatkan lokasi calon lelaki, calon wanita bersama wali dan dua saksi serta lokasi imam/jurunikah atau Pendaftar Nikah Cerai Rujuk.
“Malah akan ada pemantau dari kita (JAWI) yang dihantar dengan kebenaran polis untuk melihat rumah calon wanita itu sendiri sebagai contoh, agar ia dibuat ikut SOP, yang akan mengakadnikahkan perempuan itu biasanya wali,” katanya.
Mengakui ada pihak yang meragui langkah berkenaan, beliau, berkata ia selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-97 pada 2011 yang memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
“Setakat ini Wilayah Persekutuan dan Selangor telah laksanakannya, dan pastinya apabila ia telah dilaksanakan oleh satu jabatan yang mempunyai autoriti ia bukanlah satu pelaksanaan yang sewenang-wenangya dibuat tanpa asas yang kukuh,” katanya.
Beliau berkata apabila PKP telah berakhir nanti, nikah secara dalam talian juga akan ditangguhkan dan pasangan boleh membuat pernikahan secara biasa.
“Pasangan yang sudah bernikah secara dalam talian, tak perlu nikah semula, ia adalah sah,” tegas beliau.
Ditanya sekiranya mereka yang ingin berpoligami juga boleh memohon pernikahan secara dalam talian, Mohd Ajib menjawab: “Kalau poligami sekiranya dia memang telah dapat kebenaran (nikah) dari Mahkamah Syariah sebelum PKP maka dia bolehlah diakadnikahkan (secara dalam talian) (setelah memohon),” katanya.
Sementara itu, pasangan Don Haadi dan Nahdatul Aishah, ketika dihubungi berkata, sepatutnya mereka bernikah pada 14 April lalu, namun disebabkan PKP serta bimbang penularan COVID-19, mereka akur dengan menunda tarikh bahagia mereka walaupun hanya melaksanakannya melalui kaedah tersebut.
Don Haadi berkata walaupun hari bahagia mereka tidak seperti yang dirancang, namun bagi pemuda berusia 29 tahun itu bersama isteri tercintanya, mereka amat bersyukur kerana segala urusan mereka telah dipermudahkan.
Ditanya reaksi keluarga dua-dua belah pihak terhadap keputusan pasangan itu untuk meneruskan pernikahan, tanpa disulami adat Melayu yang kebiasaannya mungkin ada yang berpantun dan gerombolan gadis dan jejaka membawa dulang hantaran, katanya, masing-masing menerima keputusan tersebut dengan baik.
Don Haadi yang merupakan penjawat awam mengakui pernikahan dalam talian memudahkan pasangan yang sudah merancang perkahwinan sebelum ini namun harus mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini.
“Kepada pasangan lain yang telah diberi kebenaran bernikah (tempoh PKP), boleh merujuk kepada jabatan agama negeri masing-masing untuk meminta nasihat dan pandangan. Kami doakan mereka yang ingin bernikah dipermudah urusan mereka oleh Allah,” katanya. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager