YAPEIM PERUNTUK RM1 JUTA UNTUK MISI MUSAADAH COVID19

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1 juta diperuntukkan menerusi Program Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) 2.0  bagi menjayakan Misi Musaadah COVID19 yang akan bermula 23 Mac ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata seramai 2,000 keluarga kumpulan sasar akan mendapat manfaat daripada program khas sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 itu.

“Prihatin dengan situasi yang melanda negara, YAPEIM tampil menyahut seruan bersama-sama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan misi #MusaadahCOVID19 selaras dengan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Mac 2020 di Putrajaya.

“Misi ini adalah bertujuan meringankan bebanan kepada kumpulan sasar yang sedang dikenalpasti di seluruh negara dan akan dilaksanakan agensi-agensi agama Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Misi Musaadah COVID19 merujuk kepada program bantuan golongan asnaf dan petugas barisan hadapan yang kini terkesan secara langsung dalam usaha kerajaan mengekang penularan wabak penyakit itu melalui Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula kelmarin.

Mohd Daud berkata melalui program itu YAPEIM akan menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan sumbangan  barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya.

“YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri dan Pasaraya YAPEIM Mart akan melaksanakan misi ini secara berperingkat dengan mengenalpasti penerima dan menyelaras kaedah saluran sumbangan sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan Kerajaan,” katanya. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali

29 comments

  • Saya setuju jika di beri bantuan

  • Fauziyah bt abdul wahab

    Mcm sye dgn suami ni x dpt kew bantuan dgn kdaan sekrang nk kluar bekrja pun x dpt mcm sye buat kuih tuk di hntar ke kedai suami plok kje kg mcm mna tu

  • Fauziyah bt abdul wahab

    Mmg x sumber pendapatan lain doh brgntung pda buat kuih tuk htr kew kedai untuk belanja harian

  • salam. puan boleh terus hubungi YAPEIM melalui media sosial YAPEIM. AlHijrah Online akan cuba juga majukan kes puan kepada yang berkenaan. Moga dipermudahkan. Slm..

  • Rohaida binti awang

    Assalamualaikum,sye amat memerlukn bantuan trsebut….sye mmpunyai 8org ank dgn pendptan rm300 dlm keadaan skrg

  • Assalam tuan..mcmana ye nak mohon bantuan..suami sy keje ikut hari..skrg nie dalam tempoh kawalan pergerakan mcmana suami sy nak bekerja..gaji ikut keje..simpanan yg ada ckup2 je sampai minggu nie..

  • Mcm sy ni x dpt ke…sy mengasuh..suami pun bekerja sendiri..

  • Bagaimana dengan kami..ada anak kecik berderet..masing2 masih perlukan susu..stok belanja rumah menipis..nak beli barang kehabisan duit..harapkan gaji suami tak dapat sebab kawalan bergerak nie..huhu..boleh tolong ke walaupun saya bukan islam

  • Assalammualaikum…saya nak tanya camne nak mohon bantuan musaadah ni ye…sy suami bekerja gaji ikut hari…ade keje ade gaji…dr start kerajaan umumkan perintah kawalan pergerakan sampai skrg dah x keje..sy x bekerja pendapatan memang x ade lah..

  • Mcm sy ni..seorang ibu tunggal kje pun dikedai mkn sje..bila kedai xbuka xdk laa pendaptan sendri.

  • Saya pun berharap akan adanya bantuan ke atas kami yang mengalami kesusahan seperti ini

  • Haffizah borhanuddin

    Saya ibu tunggal pon terjejas pendapatan membantu buat nasi lemak dan kuih muih..hanya bergantung pada kewangan yg tinggal…jika dpt bantuan dri pihak tuan dpt lh mengurangkan beban yg ade…

  • Assalamualaikum… saya dan suami tiada sumber pendapatan sejak saranan kerajaan utk stay dirumah sahaja, bantuan bulanan asnaf dr pihak baitulmall hanya dapat pada setiap 10 haribulan setiap bulan… selain itu, niaga dipasar malam seminggu 2 kali pun terjejas akibat wabak covid ini… ditutup semua kwasan tmpt niaga… rasa sedih sgt sebab masalah kewangan sudah putus terus… adakah bantuan kewangan atau brg dapur boleh saya dapat ?. Berharap ada yang bantu …terima kaseh..

  • Mcmana nk mhon bntuan ni.. ank ramai, sy x bole kuar brkeje…

  • saya ibu tunggal..x kerja tetap sudah 4bulan..kperluan harian makan minum hrp adik brdik..

  • Amiruddin bin Hassan

    Dlm situasi mcm ni…. Saya pekerja x tetap…. hilang terus nafkah pencarian kena petntah kawalan pergerakan…co19… Blh mohon ke…

  • mcm mn nk online daftar ?ada link x

  • Salam Puan. Boleh terus ke FB Page Yapeim. Terima kasih.

  • Salam. boleh ke page FB Yapeim terus. Bagaimanapun kami akan majukan juga kepada pihak berkenaa. Moga dalam lindungan Allah swt. Terima kasih.

  • Wasalam.. inshaAllah kami akan majukan kes puan kepada Yapeim. Bagaimanapun, boleh terus ke page FB Yapeim utk tindakan lanjut. Wsalam.

  • Wsalam. Boleh terus ke page Yapeim. Bagaimanapun kami akan maklumlan kes puan kepada pihak berkenaan..Tk

  • cuba puan rujuk page FB Yapeim. Terima kasih.

  • InshaAllah. Cuba rujuk page FB Yapeim. Terima kasih.

  • Wsalam. Cuba puan rujuk page FB Yapeim. Terima kasih.

  • InshaAllah ada jalan.. Cuba puan rujuk page YAPEIM. Kami juga akan maklumlan pada pihak berkenaan. Tk

  • InshaAllah ada jalan. cuba rujuk page Yapeim dan tinggalkan hp no di page terbabit untuk dihubungi. Terima kasih.

  • InshaAllah. Puan cuba ke page Yapeim. Terima kasih.

  • InshaAllah..puan cuba rujuk terus ke page FB Yapeim.. Tk

  • Barakallah.. semoga dapat membantu saudara2 kita yang membutuhkan..
    Afwan, rekan2 jika ada waktu bisa ikut acara talkshow dan webinar Ekonomi Islam ini: https://tengkawang.wordpress.com/2020/06/10/webinar-ilmu-ekonomi-islam
    Atau teman2 yang berminat mempelajari Ekonomi Islam.
    Jazakumullah khairan

Leave a Reply to AdminCancel reply