Zionis serang Gaza

Last Updated on

Kebelakangan ini Zionis semakin kerap melakukan serangan dan pencabulan terhadap rakyat Palestin – Foto Sinar Harian

BAITULMAQDIS, 28 Februari – Jet pejuang dan helikopter Israel menyerang pelbagai sasaran di selatan Semenanjung Gaza dalam serangan terbaharu di wilayah yang diduduki, semalam.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan.

Sinar Harian memetik laporan media Palestin, beberapa pos milik Hamas di selatan kawasan pesisir termasuk satu di pinggir laut Khan Yunis dan satu lagi di luar bandar itu rosak dalam serangan terbabit.

Tentera Israel mendakwa serangan udara itu dilakukan sebagai tindak balas susulan beberapa peranti letupan diterbangkan dari Genting Gaza memasuki wilayah Israel.

Peranti berkenaan meletup di luar rumah di Eshkol, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Leave a Reply