GERAN KHAS PRIHATIN MASIH BERBAKI, AKAN DISALURKAN KEPADA LEBIH RAMAI PKS

KUALA LUMPUR: Pelanjutan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) sedang dikaji bagi membantu lebih banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan kerajaan bagi pelaksanaan GKP tersebut masih boleh diteruskan.

“Geran Khas Prihatin peruntukannya sebanyak RM2.1 bilion. Setakat ni 545 ribu pengusaha IKS telah mendapat manfaat ini. Sebenarnya peruntukan ini untuk 700 ribu penerima. Oleh itu memang kita boleh kaji semula,” katanya.

Tambahnya, tumpuan perlu diberikan kepada lebih ramai pengusaha yang terjejas.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berhubung pelanjutan GKP memandangkan ramai golongan sasar tidak dapat menerima bantuan tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada pengusaha PKS mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka. –AlHijrah Online / Abdul Hakim Hassan

8 comments

  • Alhamdulilah,bantuan Geran Khas perihatian dapat dilanjutkan semula,sy juga ingin memohon bantuan berkenaan memandangkan sy perusahaan kecil menjalankan perniagaan perkhidmatan.sy berterima kasih pada pihak barisan kerajaan yang perihatin dengan nasib kami,khususnya perusahaan kecil.terima kasih

  • Alhamdulilah syukur semoga geran prihatin dapat
    T diterus kan

  • Bila tarikh permohonan baru

  • Mcm saya bila mohon mikro tak Lulus . Kita mahu bina balik diri perniagaan tapi saya ni tiada Siapa nak sokong .

  • Alhamdulillah…kali pertama geran khas prihatin saya terlepas pandang..harap2 kali ni saya boleh memohon untuk membantu perusahaan kecil saya..terima kasih

  • Masih ramai yang masih belum memohon bantuan geran khas untk pks ni…kerana masa yang terlalu singat dan liputan internt yang sush ditempat kami…bila tarikh untuk memohon bantuan ini akan dilaksanakan semula.

  • Krishna veni a/p Purushothaman

    Segelintir masih tak dapat dan takdapat daftar bantuan GKP.. kami nak tolong kaji balik dan mintak rayuan dapat balik bantuan GKP. Mintak tolong 10q

  • Thelai govendan

    Terima kasih pihak kerajan membuka semula permohonan gkp.khususnya ramai yang berniga tercicir.

Leave a Reply to AzianCancel reply