TIGA RAKYAT MALAYSIA KAYUH BASIKAL TIBA DI MADINAH
Kayuhan kali ini lebih singkat berbanding kayuhan sama sembilan tahun lepas kerana matlamat utama ialah melakukan haji selain separuh perjalanan pula terpaksa menggunakan kenderaan seperti kereta api, kapal terbang, feri dan kereta atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
KUALA LUMPUR: Selepas 150 hari melakukan pengembaraan berbasikal dari Kuala Lumpur, tiga rakyat Malaysia termasuk pasangan suami isteri berjaya tiba di Madinah, Arab Saudi pada Jumaat lepas (19 April) dalam misi menunaikan rukun Islam kelima, ibadat haji.
Ketiga-tiga mereka ialah Ahmad Mohd Isa, 36, isterinya Noradilah Mohd Sapie, 37, dan seorang kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) Abdul Halim Talha, 57, tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km).
Ahmad berkata kayuhan kali ini lebih singkat berbanding kayuhan sama sembilan tahun lepas kerana matlamat utama ialah melakukan haji selain separuh perjalanan pula terpaksa menggunakan kenderaan seperti kereta api, kapal terbang, feri dan kereta atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Pada 2016, saya dan isteri ketika itu baru lepas berkahwin dan pengembaraan berbasikal lebih kepada berbulan madu dengan membabitkan 14 negara yang mengambil masa setahun tiga bulan untuk sampai ke Makkah sebelum menunaikan ibadat umrah.
“Tapi pengembaraan kali ini lebih berfokus iaitu menunaikan haji yang membabitkan laluan tujuh negara dengan lima bulan sahaja masa yang diambil untuk sampai di sini (Madinah),” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Mereka melalui Thailand sebelum mengambil penerbangan ke India dan menyambung kayuhan ke Pakistan dan Iran dan kemudian menaiki feri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan terus berkayuh ke Arab Saudi.
Bercerita lanjut, Ahmad berkata seorang lagi rakannya yang juga bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Che Saad Nordin, 74, yang berbasikal bersama pada peringkat awal, tidak dapat meneruskan kembara kerana faktor kesihatan dan cuaca sejuk ketika tiba di Pakistan sekitar Januari lepas.
Menurutnya, walaupun berpengalaman berbasikal menjelajahi Malaysia sebanyak 22 kali, namun faktor geografi pergunungan dan cuaca sejuk menjejaskan kesihatan Che Saad.
“Ketika memasuki Pakistan, cuaca sejuk dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius menyebabkan kesihatan Pak Ad (Che Saad) merosot dengan batuk berpanjangan, hilang selera makan, jadi menjadi halangan kepadanya untuk berkayuh (basikal) dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
“Selepas perbincangan bersama dan mendengar nasihat doktor supaya tidak meneruskan kayuhan basikal, Pak Ad bersetuju mengambil tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Alhamdullilah, selepas tiba di tanah air dan mendapat rawatan susulan, kesihatannya kini bertambah baik,” katanya.
Sementara itu, mereka turut menghasilkan poskad berilhamkan setiap negara yang dijelajahi bagi menampung kos haji dan menurut Ahmad, sehingga kini sebanyak 1,558 keping berjaya dijual dengan nilai lebih RM141,000.
“Ada beberapa pilihan yang ada dalam usaha kami untuk menunaikan haji ini dan antaranya melalui visa mujamalah dari Kedutaan Arab Saudi yang diberikan kepada agensi atau pengelola haji terpilih dari Malaysia,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.