Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITAHAN DI BACHOK, AIBKAN PM ANWAR DI MEDIA SOSIAL

DALAM NEGARA

LELAKI DITAHAN DI BACHOK, AIBKAN PM ANWAR DI MEDIA SOSIAL

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis, selepas didapati memuat naik sebuah video mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, dengan niat membangkitkan ketegangan awam serta memboikot Majlis Sambutan Aidilfitri Madani yang telah berlangsung pada 12 April di Pantai Irama, Bachok.

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis, selepas didapati memuat naik sebuah video mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, dengan niat membangkitkan ketegangan awam serta memboikot Majlis Sambutan Aidilfitri Madani yang telah berlangsung pada 12 April di Pantai Irama, Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata video itu bukan sahaja mengandungi kata-kata kesat dan jolokan tidak senonoh terhadap Perdana Menteri, malah turut menuduh Anwar akan menipu orang ramai semasa kehadirannya di majlis itu.

Berikutan itu, polis telah menerima laporan pada 11 April dan bertindak menahan suspek dan merampas telefon bimbitnya bagi tujuan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit suspek turut menemui kandungan video dan gambar lucah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Walau bagaimanapun, siasatan bagi kesalahan lain masih diteruskan sementara menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Polis menasihatkan orang ramai khususnya pemilik akaun media sosial, agar tidak menyebarkan kandungan yang menyentuh isu 3R (Raja, Bangsa, Agama) yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading