MASIH ADA PENIAGA BAZAR RAMADAN TIDAK LETAK TANDA HARGA
Pemantauan harga juadah berbuka puasa di bazar Ramadan sekitar ibu kota mendapati rata-rata peniaga mengekalkan harga jualan seperti tahun lepas meskipun terdapat kenaikan harga makanan berasaskan daging atau kambing, air balang dan kuih-muih.
KUALA LUMPUR: Masih terdapat segelintir peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar ibu negara yang culas untuk meletakkan tanda harga pada barang jualan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan yang dijalankan pihak penguat kuasa sejak 2 Mac lepas terhadap 2,000 gerai bazar Ramadan dan Aidilfitri.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan menerusi Op Pantau dijalankan bagi memastikan peniaga-peniaga mematuhi undang-undang dikuatkuasakan kementerian berkenaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Tahap pematuhan berkaitan tanda harga adalah baik, namun didapati masih ada segelintir peniaga culas meletakkan tanda harga sehingga diberi teguran oleh anggota penguat kuasa yang bertugas membuat rondaan pemeriksaan.
“Pemeriksaan antara lain memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, penjualan barang tiruan atau cetak rompak, halal dan penjualan barang-barang keperluan Hari Raya Aidilfitri,” menurut kenyataan itu.
Kementerian itu memaklumkan 99 anggota penguat kuasa KPDN dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di 40 bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri.
Dalam pada itu, pemantauan harga juadah berbuka puasa di bazar Ramadan sekitar ibu kota mendapati rata-rata peniaga mengekalkan harga jualan seperti tahun lepas meskipun terdapat kenaikan harga makanan berasaskan daging atau kambing, air balang dan kuih-muih.
“Kenaikan harga ini boleh berlaku sekiranya ada kenaikan atau perubahan kos dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, KPDN menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati dan mengelakkan pembelian barangan atau juadah yang tidak mempunyai tanda harga atau memaparkan harga mengelirukan kerana ia boleh menjadi petunjuk awal kepada manipulasi harga.
Setakat ini, hanya empat aduan berkaitan bazar Ramadan direkodkan melalui sistem e-aduan KPDN Kuala Lumpur.
“Tiga daripada aduan itu melibatkan video tular berkaitan peniaga yang menjual air limau pada harga RM10 dan bihun sup berharga RM20 di Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman serta peniaga kuih apam talam yang mengenakan RM2 bagi tambahan kelapa parut di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail.
“Siasatan mendapati selepas video mereka tersebar, peniaga-peniaga berkenaan tidak lagi berniaga di lokasi masing-masing, namun pemeriksaan semula akan dilakukan oleh anggota penguat kuasa bagi memastikan kepatuhan peniaga sepanjang tempoh Ramadan,” menurut kenyataan itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager