Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TRUMP GESA PUTIN HENTIKAN TINDAKAN KETENTERAAN AGRESIF DI EROPAH

UTAMA

TRUMP GESA PUTIN HENTIKAN TINDAKAN KETENTERAAN AGRESIF DI EROPAH

Menurut pihak berkuasa Poland, tiga peluru berpandu krus memasuki ruang udara negara itu dan terhempas pada Jumaat lepas ketika Rusia melancarkan serangan udara berskala besar terhadap negara jiran, Ukraine.

Sumber Gambar: AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata beliau menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin supaya menghentikan “segala tindakan ketenteraan agresif” di Eropah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam hantaran di Truth Social, Trump menyuarakan harapan agar persetujuan antara Rusia dan Ukraine dapat dicapai dengan segera.

“Saya benar-benar percaya kemungkinan ini amat besar,” kata Trump sambil memaklumkan bahawa beliau menyampaikan gesaan itu kepada Putin ketika rundingan di China minggu lepas.

Trump berkata beliau telah memberi taklimat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte mengenai rundingannya dengan Putin semasa pertemuan di kediaman peranginan Mar-a-Lago di Florida pada Rabu.

Menurut kenyataan bersama yang dimuat naik secara berasingan oleh Trump, pertemuan itu memberi tumpuan kepada perang di Ukraine dan Iran.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan  kepentingan Rusia dan Ukraine mengelakkan sebarang tindakan, sama ada disengajakan atau tidak, yang boleh menyebabkan konflik itu merebak.

Menurut pihak berkuasa Poland, tiga peluru berpandu krus memasuki ruang udara negara itu dan terhempas pada Jumaat lepas ketika Rusia melancarkan serangan udara berskala besar terhadap negara jiran, Ukraine.

Tiada kecederaan dilaporkan, manakala Rusia menafikan pembabitannya.

Trump berulang kali mempertahankan hubungan rapatnya dengan Putin.

Sejak memulakan penggal kedua, pentadbirannya berusaha mengubah peranan Washington daripada sekutu utama Ukraine kepada pengantara antara Kyiv dan Moscow.

Rusia telah melancarkan perang terhadap negara jirannya itu selama hampir lima tahun. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top