KUALA LUMPUR: Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA RARETV yang sebelum ini dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Oman, dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh Saiful Nang menerusi hantaran ringkas di aplikasi Threads.
“Arwah baik orangnya. 6.58 pm (selepas Maghrib di Muscat). Malam Jumaat,” katanya.
Terdahulu, Kapten AA dilaporkan ditidurkan dan menjalani prosedur intubasi di Hospital Badr Al Samaa Royal, Muscat, Oman ketika menyertai penggambaran program Kembara Wahyu untuk TV AlHijrah.
Saiful Nang turut memaklumkan Allahyarham pada awalnya menerima rawatan di sebuah hospital di Nizwa sebelum dipindahkan ke Muscat.
“Kapten AA jatuh demam dan mengalami jangkitan paru-paru,” katanya.–AlHijrah Online