Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LRT TERGENDALA, GURU BERGEGAS SELAMATKAN DUA CALON SPM

DALAM NEGARA

LRT TERGENDALA, GURU BERGEGAS SELAMATKAN DUA CALON SPM

Gara-gara gangguan perkhidmatan LRT, seorang guru bergegas ke dua stesen bagi memastikan anak didiknya tidak terlepas menduduki peperiksaan SPM.

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang guru St. John’s Institution (SJI) membantu dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdepan kelewatan akibat gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) pagi tadi membolehkan mereka menduduki peperiksaan tepat pada waktunya.

Pengetua SJI, T. Sivakumar berkata, guru berkenaan, Hafizan merupakan Penyelia Tingkatan Lima di sekolah tersebut.

“Tindakan pantas En. Hafizan selaku Penyelia Tingkatan 5 yang pergi mengambil mereka di stesen LRT Jelatek dan Kampung Baru dapat memastikan murid dapat menduduki kertas matematik mengikut masa peperiksaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi sekolah itu, hari ini.

Sivakumar turut menzahirkan penghargaan kepada guru berkenaan atas komitmen dan tindakan pantasnya demi memastikan kelangsungan kecemerlangan SPM sekolah tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top