Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KAPTEN AA RARETV DITIDURKAN KETIKA PENGGAMBARAN KEMBARA WAHYU DI OMAN

UTAMA

KAPTEN AA RARETV DITIDURKAN KETIKA PENGGAMBARAN KEMBARA WAHYU DI OMAN

Kapten AA RareTV terpaksa ditidurkan di sebuah hospital di Muscat susulan jangkitan paru-paru ketika menjalani penggambaran Kembara Wahyu Oman.

OMAN: Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA dilaporkan telah ditidurkan dan menjalani prosedur intubasi di Hospital Badr Al Samaa Royal, Muscat, Oman ketika menyertai penggambaran rancangan Kembara Wahyu untuk TV AlHijrah.

Perkembangan itu dikongsikan Saiful Nang, hari ini yang turut memaklumkan Kapten AA pada mulanya menerima rawatan di sebuah hospital di Nizwa sebelum dipindahkan ke Muscat.

“Kapten AA jatuh demam dan mengalami jangkitan paru-paru,” katanya menerusi perkongsian di platform Threads.

Saiful Nang turut memohon orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan Kapten AA dan segala urusan rawatannya dipermudahkan.

Kru RareTV kini memasuki hari keenam daripada 14 hari penggambaran rancangan berkenaan di Oman.

Kembara Wahyu musim keempat yang bertajuk Kembara Wahyu Oman dilancarkan pada 18 November lalu menerusi rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.

Rancangan tersebut dijadualkan bersiaran di TV AlHijrah sempena Ramadan 2027. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top