Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELETAKAN JAWATAN ANTHONY LOKE BELUM DITERIMA, MASIH BERCUTI – ANWAR

DALAM NEGARA

PELETAKAN JAWATAN ANTHONY LOKE BELUM DITERIMA, MASIH BERCUTI – ANWAR

Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan masih belum diterima dan beliau kini bercuti, manakala Perdana Menteri buat sementara waktu turut memantau tugasan di kementerian berkenaan.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan masih belum diterima dan beliau kini masih dalam tempoh bercuti.

“Saya belum terima peletakan jawatan (Loke), dia masih bercuti. (Saya ada) jumpa (Loke), dia bagi alasan (peletakan jawatan) (seperti) yang kita tahu dan saya beritahu (dia) cuti dulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Prakarsa AI Pendidikan Negara “AI TEMU AI”,  hri ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai status Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan MADANI.

Mengulas pengurusan Kementerian Pengangkutan (MOT), Anwar berkata kementerian itu masih mempunyai Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) serta barisan pengurusan tertinggi untuk melaksanakan tugas sedia ada.

“Tugas sekarang ni kalau ikut peraturannya memang KSU ada, Timbalan Menteri ada tetapi memang Perdana Menteri tampung (pantau juga) sekejap (tugasan di MOT),” katanya.

Pada 10 November lalu, Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Bagaimanapun, Loke dan Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top