KELANTAN KEKAL TEGAS LARANG PENJUALAN VAPE, TIADA LESEN DIKELUARKAN SEJAK 2013
Kerajaan Kelantan menegaskan pendirian untuk tidak membenarkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu, dengan tiada sebarang lesen perniagaan dikeluarkan kepada premis yang ingin menjual produk berkenaan sejak lebih sedekad lepas.
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menegaskan pendirian untuk tidak membenarkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu, dengan tiada sebarang lesen perniagaan dikeluarkan kepada premis yang ingin menjual produk berkenaan sejak lebih sedekad lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata langkah itu diambil bukan untuk mengharamkan penggunaan vape secara individu tetapi bagi mengawal akses produk itu terutama dalam kalangan remaja dan pelajar.
“Kami tidak keluarkan lesen penjualan vape di mana-mana premis sejak 2013 lagi. Kelantan bersama Johor antara negeri terawal mengambil tindakan ini, yang kemudiannya diikuti oleh Terengganu, Kedah dan terbaharu Selangor,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Hilmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang diluluskan Parlimen tahun lepas tetapi masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat.
Beliau berkata pengeluaran nikotin daripada senarai racun dalam Jadual Pertama di bawah Akta Racun 1952 menyebabkan vape kini boleh dijual secara sah, selagi tiada kawal selia khusus dikuatkuasakan.
“Isu sekarang adalah apabila nikotin dikeluarkan daripada Akta Racun 1952, penjualan vape menjadi terbuka kerana tiada lagi badan pengawal utama. Selagi Akta 852 belum dikuatkuasakan sepenuhnya, banyak kelompongan wujud dari segi kawal selia,” katanya.
Hilmi turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan terus menjalankan penguatkuasaan berkala bagi mengekang penjualan vape tanpa lesen.
“Sepanjang tahun 2024, sebanyak 40 operasi dengan 67 sitaan telah dijalankan, manakala dari Januari hingga Mac 2025, sebanyak 10 operasi dan 16 sitaan direkodkan,” jelasnya.
Beliau menegaskan mana-mana premis yang didapati menjual vape secara berulang akan dikenakan tindakan tegas termasuk penarikan balik lesen perniagaan dan tidak lagi dibenarkan beroperasi.
Mengulas lanjut, Hilmi mengakui masih wujud penjualan haram dan premis tidak berlesen, khususnya menerusi platform dalam talian yang berada di luar bidang kuasa PBT.
“Kuasa kita hanya terhad di peringkat PBT. Penjualan dalam talian sukar dikawal kerana buat masa ini kerajaan pusat masih membenarkan vape dijual secara terbuka. Ini membuka ruang kepada penjualan tidak sah terus berlaku,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked