Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PAAB JALIN HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA TV ALHIJRAH, SEBAR LUAS KEPENTINGAN SUMBER AIR

DALAM NEGARA

PAAB JALIN HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA TV ALHIJRAH, SEBAR LUAS KEPENTINGAN SUMBER AIR

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bakal menjalinkan hubungan strategik bersama stesen televisyen Islamik utama negara, TV AlHijrah dalam menyebar luas kepentingan memelihara sumber air negara.

KUALA LUMPUR: Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bakal menjalinkan hubungan strategik bersama stesen televisyen Islamik utama negara, TV AlHijrah dalam menyebar luas kepentingan memelihara sumber air negara.

Kehadiran delegasi PAAB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Zulkiflee Omar ke AlHijrah Media Corporation itu disambut oleh Ketua Pegawai Esekutif TV AlHijrah Namanzee Harris, hari ini.

Menurut Zulkiflee, kolaborasi bersama TV AlHijrah itu dapat menyasarkan usaha meningkatkan kesedaran tentang amalan penjimatan air terutamanya dalam kemudahan awam yang kadar penggunaannya tinggi antaranya masjid dan sekolah.

“PAAB juga kerap menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan-kawasan pedalaman dengan hasrat mendidik masyarakat betapa pentingnya menghargai air terawat selain menjaga kawasan tadahan air.

“Ini juga merupakan peluang bagi memahami pengaruh kandungan berita digital dalam jangkauan awam dan potensinya dalam melibatkan komuniti tempatan, seperti yang digerakkan TV AlHijrah menerusi Berita AlHijrah,” katanya.

Dalam pada itu, Namanzee turut melahirkan penghargaan atas kunjungan PAAB dengan keterbukaan untuk bekerjasama bersama TV AlHijrah yang memainkan peranan sebagai rangkaian televisyen Islam utama Malaysia.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading