Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH BERLAGAK SEPERTI PEREMPUAN

DALAM NEGARA

LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH BERLAGAK SEPERTI PEREMPUAN

Mohd Hafizam Hamid, 40 tahun, didakwa berlagak seperti perempuan dengan memakai kaftan labuh hingga paras kaki dan berambut paras bahu di sebuah inap desa dekat Ketereh, Januari lalu.

Sumber Gambar: BERNAMA

KOTA BHARU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah hari ini atas pertuduhan berlagak seperti perempuan pada Januari lalu.

Mohd Hafizam Hamid, 40 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Firdaus W Ibrahim.

Dia didakwa berlagak seperti perempuan dengan memakai kaftan labuh hingga paras kaki dan berambut paras bahu di sebuah inap desa di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, pada 12 tengah malam, 14 Januari lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Kelantan Syafika Mat Husin, manakala tertuduh diwakili peguam syarie Muhammad Syarafi Mohd Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A Ghani.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 24 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top