Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SEMBELIHAN HARAM: JAKIM PERKUKUH PENGUATKUASAAN, INTEGRITI HALAL TIDAK DIKOMPROMI

DALAM NEGARA

SEMBELIHAN HARAM: JAKIM PERKUKUH PENGUATKUASAAN, INTEGRITI HALAL TIDAK DIKOMPROMI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, usaha berkenaan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk pengusaha premis penyembelihan supaya setiap ketetapan dan prosedur yang ditetapkan dipatuhi.

KUALA LUMPUR – Integriti rantaian bekalan halal negara perlu terus dipelihara menerusi pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan sehingga menjejaskan keyakinan pengguna Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus bekerjasama dengan agensi serta kementerian berkaitan dalam memastikan aspek kehalalan makanan dan kebajikan semua pihak sentiasa terpelihara.

Menurut beliau, usaha berkenaan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk pengusaha premis penyembelihan supaya setiap ketetapan dan prosedur yang ditetapkan dipatuhi.

“JAKIM dan agensi-agensi yang berkaitan kita akan terus memantau dan melaksanakan penguatkuasaan dan tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan amanah, khususnya dalam urusan yang melibatkan pematuhan syarat penyembelihan dan jaminan halal.

Dalam perkembangan berkaitan, isu penyembelihan tidak mengikut syarak turut menimbulkan kebimbangan terhadap pengguna Islam, terutama berhubung status halal bekalan daging yang berada di pasaran.

Terdahulu, polis menerusi Op Salju membongkar kegiatan lapan pusat penyembelihan haram di lima negeri yang dipercayai beroperasi antara 2022 hingga 2026.

Daripada jumlah itu, empat premis dikenal pasti dimiliki individu bukan Islam, manakala empat lagi dimiliki individu beragama Islam.

Serbuan berkenaan turut mendedahkan penggunaan kaedah penyembelihan yang tidak mematuhi syarak, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai pemantauan dan pematuhan prosedur dalam rantaian bekalan halal negara.

Justeru, pemantauan berterusan dan tindakan penguatkuasaan dilihat penting bagi memastikan kepercayaan pengguna Islam terhadap sistem pensijilan serta jaminan halal negara terus terpelihara. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top