ALHIJRAH ONLINE

GERAN KHAS PRIHATIN MASIH BERBAKI, AKAN DISALURKAN KEPADA LEBIH RAMAI PKS

KUALA LUMPUR: Pelanjutan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) sedang dikaji bagi membantu lebih banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan kerajaan bagi pelaksanaan GKP tersebut masih boleh diteruskan.

“Geran Khas Prihatin peruntukannya sebanyak RM2.1 bilion. Setakat ni 545 ribu pengusaha IKS telah mendapat manfaat ini. Sebenarnya peruntukan ini untuk 700 ribu penerima. Oleh itu memang kita boleh kaji semula,” katanya.

Tambahnya, tumpuan perlu diberikan kepada lebih ramai pengusaha yang terjejas.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berhubung pelanjutan GKP memandangkan ramai golongan sasar tidak dapat menerima bantuan tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada pengusaha PKS mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka. –AlHijrah Online / Abdul Hakim Hassan

Exit mobile version